Guru ganti KGSK Pasir Gudang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 


Assalamualaikum,

Hari ni nak berkongsi pengalaman menjadi seorang guru ganti di sebuah sekolah menengah di JOHOR. Tapi nama sekolah dirahsiakan. 

Macam mana nak apply? Senang sahaja. Cara-caranya adalah seperti yang berikut:



  1. Mula-mula korang kena register untuk keahlian di website http://jpnjohor.moe.gov.my/ekgsk
  2. Bila dah selesai isi dah lengkap dan dah dapat no ahli, boleh lah print. (Boleh save no ahli dekat dalam fon so senang next time kalau nak apply dekat fb).
  3. Lepas print borang korang boleh hantar sijil-sijil akademik (SPM/DIPLOMA/DEGREE) dengan borang tadi di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (PPD).
  4. Atau korang boleh follow fb https://www.facebook.com/kgskPasirGudang/ 
  5. Tunggu iklan dari ppd Pasir Gudang untuk guru ganti. Nanti korang kena komen pada post tu No keahlian KGSK, Kelayakan korang ada, dan pilihan yang korang nak. Contoh: J00001234 | Ijazah Perniagaan | PILIHAN NO 1

Alamat PPD Pasir Gudang: 

Pintu Masuk PPD

Peta Google

d/a SK Seri Kota Puteri 4,
Jalan Penaga
Bandar Baru Kota Puteri
81750 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim.

Kalau macam saya, beberapa hari lepas register pagi-pagi tu tengok fb ada iklan guru ganti. So, memang tengah menganggur. Komen jelah bawah tu no ahli, kelayakan, dan pilihan yang nak.


Lepas 2 minggu macam tu petang tengok jam nak dekat pukul 5 dapat call. Ingatkan company mana yang call sebab masa tu memang tengah duduk-duduk depan laptop cari kerja depan tv. HAHAHAHHA




So, Encik ni cakap dia dari PPD. Tapi sebabkan kurang dengar, ingat PTP. Bila masa lah ada mintak sampai ke PTP. Ok, layankan lagi.

Yang menguruskan KGSK untuk daerah Pasir Gudang adalah En. Irwan. Masa tu dia call tanya berminat lagi tak. Saya pon macam tak percaya. Tak ada temuduga bagai ke? Betul ke? Saya? Saya? Cikgu? 😆😆

Ok..... Tarik nafas dalam-dalam. Ambil la ni sebagai rezeki dan menimba pengalaman. Kalau tak cuba tak tahu. "Tak kenal maka tak cinta". 


Lepas tu dia tanya paling awal bila boleh start. Masa tu memang blur lagi. Macam tak percaya. Sebab benda semua secara mengejut. Terus En. Irwan cakap "Esok lah, awak laporkan diri di sekolah menengah ......... pukul 8 pagi. Ganti guru ............  ajar BM. Nanti saya akan mesej awak surat yang awak kena print dan bawak ke sekolah esok." 



Dalam hati "Sekolah MENENGAH?" hmmmm very challenging.

Saya jawab "Ok, Terima Kasih." 


Tanpa bertanyakan apa-apa soalan. Saya terus mesej suami dan bagitahu ibu. Tapi yang buatkan saya pening lepas tu. Bila buka link mesej daripada ppd MEMO PENEMPATAN tu letak gaji yang ditawarkan : RM 54 / HARI 😞



Ok sedapkan hati maybe tersalah letak. Saya memang belum graduated untuk ijazah. Tapi saya ada diploma. Bila tanya-tanya kawan yang pernah jadi guru ganti dulu. Gaji dia paling-paling diploma RM 75 / hari macam tu. Rasanya masa belek-belek page KGSK pun pernah nampak gaji by kelayakan. 



Bila nak call balik untuk dapatkan kepastian. Dah lepas office hour pulak. 


*Pengajaran yang boleh dapat dari sini ialah tanya GAJI ok!!! Jangan main terima. Kalau jenis tak kisah tak apa. Tak payah tanya gaji. Tapi tipu la kalau orang sekarang tak pandang gaji kan?!!!


Mula la bermain difikiran kenapa RM 54? Bila kira-kira sebulan gaji kalau masuk dengan cuti sekolah tak sampai 1k gaji. HAHAHAH.


Masa tu try think positive lagi. Ok, lepas la untuk diri sendiri. Bayar kereta, bagi ibu ke bayar ptptn ke. "Tak apa lah, kerja ganti cikgu je. Tak berat mana pun. Kerja masuk pagi tengah hari dah balik. Yang penting dapat kongsi ilmu dan dapat pengalaman."


Next post saya cerita pengalaman yang saya peroleh daripada menjadi seorang guru. 

Bersambung....................................
















Comments

  1. sedih website tu tak boleh buka utk register :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna link ni
      http://ppdmersing.moe.gov.my/tumpang/ekgsk/index.php

      Delete

  2. sama lah saya pun dapat gaji rm4 masa tu (sebelum pru14) padahal sy mmg dah ada degree pun. kata sekolah mmg ppd xada bajet..
    sekarang ni dengar2 dah kembali ikut latar belakang pendidikan. oleh cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm54 adalah dicadangkan oleh kpm dan mmg daerah ni ramai cikgu yg cuti.

      Skrg en tajul plak yg bantu..

      Delete
  3. Kenapa website not working :(
    nk apply.....

    ReplyDelete
  4. sis, website yg dua2 sis bagi tu semua tak boleh guna dah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Guru Ganti Sekolah Menengah